Want your
own Fotopage?








 
mnur's FotoPage

By: mnur ramadhan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 13-Sep-2011 08:58 Email | Share | | Bookmark
Anak-anak 9thn-1 thn 2bln

 
 
 
 
 
 

Add comment


Wednesday, 21-Jul-2010 15:03 Email | Share | | Bookmark
My new born daughter-Inas Aneesa (14 days)

Inas Aneesa
hari ke2
hari ke13
hr ke12
bawah lampu ultraviolet ..bacaan mula 196
hr ke3
View all 18 photos...
7.7.10 -Rabu, lahirlah anakku yg ke-4 ke dunia ini. Kandungan masuk minggu yang ke 40 dan lewat 5 hari dari tarikh jangkaan. Tarikh yg special, lebih kurang sama macam tarikh ibunya 770101..Nama pula kalau perasan singkatan pada nama awalanku..IN-As-kebaikan, kelembutan, ramah-tamah dan Aneesa-yang mesra, penglipur. Hehe.. senang nak ingat!

Sehari sebelum Aneesa dilahirkan, sempat lagi ke pejabat. Memang tiada rasa sakit..dan sempat kemas2 meja buat 5S.Rabu jam 9 pagi, sakit setengah jam sekali, kemudian makin kerap tapi rileks dulu...kemas2 rumah dan tengahari barulah bergegas ke hospital. Di sana buat CTG dalam 30 minit, 2 kali baby mengeras..Dr (HO-baru 3 hari kerja kat bhgn ni) tanya sakit x? Biasa je.. Dia kata pelik tengok muka aku macam tak sakit...boleh senyum2 lagi.. So lagi la dia hilang confident betul ke patient dia ni dah sampai masa nak bersalin.Then dia check jalan tapi disebabkan Dr baru, dia panggil kawan Dr perempuan lain untuk check jalan semula..bukaan dah 6-7cm. Kemudian HO tadi kena present pula pada MO..MO pula check jalan..dah buka 5cm. Pastu HO tadi letak tangan kat perut aku nak rasa kekerapan baby mengeras tu... so dia confident la sekarang dlm masa 10 minit ada 3 kali mengeras. Dah settle semua aku gi toilet. Di toilet, misi panggil dari luar bawa kerusi roda..katanya aku kena masuk labour room.Masa Izzah dulu pun macam ni juga, x rasa sakit sgt..sampai Dr discharge aku. Tapi bila bidan terlatih yg check semula jalan, dia kata aku ni dah nak bersalin...So terus je masuk labour room.

Jam 2.00ptg masuk labour room, then HO tadi yg uruskan aku dari A-Z..buang air kencing, pecahkan ketuban-air banyak usah kata la, pasang CTG...mereka pantau CTG tapi bila nampak macam x kena je graf tu, misi suh drip air..nak cepatkan bersalin la..rimas betul.Bila dtg Dr yg lain, dia tengok graf dan kata ok jer graf tu..dan drip ni x perlu. Emm..masa tu abg ada dlm bilik tu pemberi semangat.

Rasa sakit makin kuat datang dan pergi, bertahan dan banyakkan berzikir. Misi kata kalau rasa nak teran bgtau. Aku teringat teknik2 yg telah dipelajari dari kawan-kawan dgn harapan x nak dijahit-kena gunting. Bila rasa terlalu sakit, aku akan menarik nafas dalam-dalam, then terasa baby mengelongsor sebanyak 3 kali...Jarang dapat rasa sebegitu...mungkin disebabkan aku nak guna teknik yg dikatakan tadi so perjalanan proses nak bersallin tu dapat aku rasa step2 proses baby nak keluar. Kelam kabut mereka sediakan alatan. Masa tu sakit yg teramat sangat, usah cakap la..Tuhan je yg tahu. Bila mrk suruh push baru aku push. Tak banyak aku push cuma 3 kali push jer baby dah kel. Jam 4.08ptg, anakku selamat dilahirkan.

Syukur kepada tuhan semuanya telah selesai. Kini tinggal Dr dan misi untuk menguruskan perkara yg seterusnya. Keluarkan uri-sakit macam nak bersalin gak.Buang darah beku-sakit sama gak..korek kat serviks 3 kali nak pastikan tiada darah beku tertinggal. Pastu part last, kena jahit. Emm tak menjadi la teknik yg aku nak praktikkan tu. Ye la dah tak ingat da..semua hilang. Yg tahu teran supaya baby keluar. Dr kata baby besar. .dan tak salahkan aku angkat p....g. Bila bbay di bawa kepada aku, misi tanya lelaki ke pompuan? Aku buka mata betul2..perempuan, kataku. Muka macam abg long! Berat 3.35kg. Anak yg paling besar setakat ni. Nabil pun 3.30kilo jer.. Maha suci Allah..

Tahniah atas kedatangan orang baru.... meriahnya dah masuk yang ke-4

tumpang iklan ya tuan rumah

Produk baju baby berjenama .. Baby Gap, Polo, Vitamins, Guess, Laura Ashley, Timberland, Calvin Klein, Burberry, Ralph Lauren, OSHKOSH, dsb

Produk kasut baby berjenama .. Mother Care .. Carter's .. Next

Kelas Photoshop CS3

Jadi apa yang anda tunggu lagi

jom lepak @ www.kedai-aida.com
Thu 22-Jul-2010 08:20
Posted by:kedai-aida  - [Link]
Add comment


Saturday, 24-Apr-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
Izzah Tasnim

 
 
 
View all 12 photos...

Add comment


Friday, 23-Apr-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
Izzah Tasnim 1 years onward

hi..im izzah
cak..
hi
View all 18 photos...
Koleksi izzah tasnim..macam2 aksi..

Add comment


Monday, 28-Dec-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Majlis Makan Malam PSDC 2009-Nabil

izzah nangis
anak2 psdc
nabil n adan
View all 15 photos...
Thn ni majlis makan malam je. jemputan Nabil Raja Lawak..masa ni ngandung 2-3 bulan.. tengah alah. Venue di MS Garden Hotel.

Add comment


Thursday, 13-Nov-2008 06:20 Email | Share | | Bookmark
Izzah dah 7 bln/ Adan 6/ Nabil 4

family day
dinner cantik
cabutan bertuah-iron & mug
View all 6 photos...
10 Nov 08, izzah berusia 7 bulan. Semalam dan hari ni baru kuat hisap susu. Mesti cari puting yang lagi sesuai untuk izzah isap.. sebagai tambahan susu.

Abang long - Adan/ Mamat
Alhamdullillah syukur & tahniah utk MNUR RAMADHAN sebab dapat no 3 dalam kelas Pra 6 tahun. Ibu memang x sangka. Sebab di rumah x study dgn ibu..balik rumah main dan terus tidur.. tapi setiap kali balik dan bawa kertas ujian dapat 100,100, lain2 antara 82-98..Berkat tambahan mengaji dgn teacher dan cikgu zaa agaknya. Yelah soalan Sek Abim banyak menjurus kepada agama.Dulu dapat no 16.. well done abang long!

Nabil
6 Nov 2008 tempoh hari, birthday Abg Long (6 thn). Sambut di sekolah..ibu bawa kek dan jajan..untuk dicelebrate! Sambut sekali dgn birthday Nabil 19 sept 2008..(4thn).Cikgu zaa ambil gambar... tapi semua kenangan tu hilang sebab Nabil delete semua picture dalam kamera tu..termasuk gambar g family day. Senyum je la..nak marah pun x guna...sbb dalam camera tu x de recycle bin..

ciannya...gambar dah terdelete..nasib baik ada back up kamera lain masa family day..hehehehe.. Thu 4-Dec-2008 08:40
Posted by:mama eeqeen  - [Link]
Add comment


Saturday, 21-Jun-2008 03:21 Email | Share | | Bookmark
New Born

izzah 2 bln
masa qiqah
bbyku izzah
View all 18 photos...
New born baby..My girl...Izzah Tasnim. Birth on 10 April 2008, 9.40pm

ishhh..comelnya babyyyy....

...nice.....
**MAKEUP AND BRIDAL HENNA ARTWORK**
Lela Touch Creation
http://yuslafiqa.fotopages.com/
Fri 25-Jul-2008 01:09
Posted by:Lelatouch  - [Link]
tahniah... lepas ni seronok la shopping baju girl.. Tue 5-Aug-2008 06:21
Posted by:Angah  - [Link]
Add comment


Monday, 1-Jan-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Some story on January 2007...

Sapa tu
Dalam kete
Nabil lagi
View all 15 photos...
Birthday wishes to ibu Adan n Nabil. Celebrate?? Just beli kek, potong n makan gitu2. Kali ni kek best..Blueberry Cheese-nyum-nyum..Lihat aksi Adan, Nabil, Auliya n Afiah.. dah semakin besar. Adan 4 tahun++, Nabil, Auliya- 3 tahun, Afiah- 6 bulan..

http://ihsanic.fotopages.com silalah berkunjung,pelbagai pilihan pakaian utk anak2 tersayang! Wed 30-May-2007 07:59
Posted by:Nur_Ihsanic  - [Link]
bestnya adan n nabil makan kek...antie pun dapat makan gak...thanks ibu..hehehehe Mon 4-Jun-2007 07:25
Posted by:mama athirah n insyirah  - [Link]
Add comment


Thursday, 9-Nov-2006 08:14 Email | Share | | Bookmark
Majlis Berbuka Puasa PSDC

di meja dgn Ju n Iba
nabil & adan
nabil
View all 6 photos...
"Anak-anak macam orang putih"... Tu kata orang. Semoga menjadi anak yang Soleh!

best jumpa intan hari tuh.. terkenang plak masa kerja kat PSDC bila tengok gambar2 nih. Kirim salam kat semua ya. Mon 20-Nov-2006 10:07
Posted by:angah
best jumpa intan hari tuh.. terkenang plak masa kerja kat PSDC bila tengok gambar2 nih. Kirim salam kat semua ya. Mon 20-Nov-2006 10:07
Posted by:angah
Add comment


Monday, 27-Mar-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Adan di Johor

Tengok apa tu
Ni di berek polis..peace
Kenapa tak jalan lagi ni!
View all 12 photos...
Ikut Mak & Papa ke Johor. Main fun fair... Balik rumah Tok Wan. Jalan-jalan dengan Along sekali!

wawawa..sronoknye abalong ngan nabil~ Sun 9-Jul-2006 02:47
Posted by:huedar--cikuda
Add comment


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web02.fp.pidgintech.com